SMK SILABUKAN MENGORAK LANGKAH KEARAH KECEMERLANGAN...

SMK SILABUKAN MENGORAK LANGKAH KEARAH KECEMERLANGAN...

Saturday, August 23, 2008

Sebuah Catatan Permulaan Kehidupan....

Tiada seorang pun di dunia ini hidup untuk kalah. Semua orang inginkan kemenangan. Sama ada hidup untuk menang atau hidup untuk kalah, gagal, adalah pilihan dan kehendak individu itu sendiri. Tiada manusia lain yang boleh atau berhak menentukan pilihan seseorang individu.

Sama ada secara sedar atau tidak, seseorang itu telah menang sejak kali pertama menatap dunia ini. Di antara berjuta-juta sperma, hanya satu yang hidup dan yang lainnya mati. Nah, sudah terbukti bayi yang lahir ke dunia itu adalah sperma yang telah menang!

Setiap orang mempunyai tujuan hidup, bukan saja-saja. Bukan juga menghabiskan masa untuk menunggu penghujung hidup. Bukan hanya untuk menunggu penghujung hidup. Bukan juga untuk hanya menangani karenah hidup setiap hari. Hidup bukan hanya untuk perkara remeh-temeh yang berlaku setiap hari. Hidup adalah untuk menang.

Setiap orang mempunyai keupayaan luarbiasa untuk menang. Keupayaan luarbiasa itu bukan digunakan untuk dikalahkan oleh keadaan tetapi untuk mencipta kemenangan.

Hidup ini, sama ada anda suka atau tidak, sama ada anda setuju atau tidak adalah satu perjalanan, bukan perhentian. Setiap satu perkara berkait dan menarik perkara lain. Perkara yang dilakukan pada masa lalu berkait dengan keadaan yang dilalui pada hari ini. Apa yang dilakukan pada hari ini mempunyai kaitan dengan masa depan.

“JIKA ANDA MENGAKUI, MENERIMA DAN MEMILIH HARI INI SEBAGAI KEKALAHAN UNTUK ANDA, MAKA AKIBATNYA AKAN ANDA TERIMA PADA HARI INI.”

Malangnya ia tidak akan berhenti di situ sahaja; kekalahan pada hari ini ada kaitannya dengan keadaan anda pada masa depan. Untuk membuktikannya, toleh semula kepada keadaan anda pada masa lalu. Apakah yang telah anda lakukan pada masa lalu itu dan apakah kesan dari perlakuan anda itu yang dapat anda lihat, dengar dan rasai pada hari ini?

Itulah bukti nyata bahawa hidup adalah perjalanan. Keadaan masa lalu mempengaruhi keadaan anda pada masa ini. Apa-apa yang dilakukan pada hari ini akan mempengaruhi hidup anda.

Kerana hidup ini perjalanan dan apa-apa yang dilakukan saling berkait untuk masa sekarang dan akan datang, maka cara yang sebaik-baiknya untuk menangani hidup adalah dengan belajar. Proses belajar bermula dari dalam rahim hingga ke liang lahad. Perkataan Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah Iqra’ (Baca). Untuk apa membaca kalau bukan untuk belajar? Perkataan yang diajar oleh Conficius ialah “Belajar”. Menang yang sebaik-baiknya ialah menang tanpa menyakiti orang lain. Sedikitpun tidak ada gunanya jika kemenangan anda atas kemusnahan orang lain. Menang yang terbaik ialah menang di dunia dan di akhirat.

INGAT!! HIDUP ADALAH PERJALANAN; JADI APA-APA YANG KITA LAKUKAN DI DUNIA MEMBERI KESAN KEPADA KEADAAN KITA DI AKHIRAT.
Lebih baik tidak menang jika kemenangan di dunia ini membawa kekalahan di akhirat. Dan yang paling malang ialah orang yang kalah di dunia dan kalah di akhirat

No comments: